Organisation
 

 

Home 
Organisation 
Competition 
Administration 
Project 
Event Photos 

 


PERLEMBAGAAN PERSATUAN GOLF AMATEUR MALAYSIA
DI UNITED KINGDOM & EIRE

1.    NAMA:

Nama Persatuan ialah Persatuan Golf Amateur Malaysia atau Malaysian Amateur Golf Association.
Nama ringkasnya MAGA

2.    ALAMAT:

Alamat resmi Persatuan ialah Flat 2, No. 20 Porchester Place, Marble Arch, London W2 2PD.

3.    PENAUNG

Persatuan ini adalah dibawah naungan TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan Eire.

4.    TUJUAN:

        4.1    Mengeratkan hubungan siratulrahim melalui sukan antara semua rakyat Malaysia yang
                 bermastautin, bertugas, belajar dan yang datang melawat UK & Eire.

        4.2    Mengalakkan rakyat Malaysia mempelajari permainan golf dan bermain mengikut undang-undang
                 dan peraturan golf antarabagsa.

        4.3    Menganjurkan pertandingan sesama ahli dan juga dengan pihak-pihak lain.

        4.4    Menguruskan handicap resmi yang boleh digunakan untuk bermain golf dimana-mana Kelab Golf.

5.    KEAHLIAN

        5.1    Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

        5.2    Keahlian hanya sah setelah dibayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan.

        5.3    Kelulusan keahlian tertakluk kepada keputusan Persatuan

6.    YURAN

        6.1    Yuran Pendaftaran ditetapkan sebanyak £ 20.00 sekali sahaja.

        6.2    Yuran tahunan ditetapkan sebanyak £ 20.00 bermula daripada 1 September hingga 31 Ogos tahun
                  berikutnya.

        6.3    Kadar yuran pendaftaran dan yuran tahunan tertakluk kepada perubahan.

        6.4    Sebarang perubahan yuran hendaklah dipersetujui oleh ahli semasa Mesyuarat Agong mengikut
                 undian terbanyak.

        6.5    Permbayaran yuran boleh dibayar dengan tunai atau cek diatas nama persatuan "MAGA".
                 Bendahari Persatuan atau wakilnya sahaja yang dibenarkan membuat kutipan tersebut.

7.    DERMA DAN SUMBANGAN

        7.1    Sebarang kutipan derma atau sumbangan bagi menambahkan tabung Persatuan mestilah
                 dipersetujui oleh Jawatankuasa Persatuan.

        7.2    Semua kutipan atau sumbangan derma hendaklah dibaut atas nama Persatuan.

8.    PENGURUSAN PERSATUAN

        8.1    Perjalanan dan Pengurusan Persatuan dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa yang
                 dilantik pada masa Mesyuarat Agung Tahunan.

        8.2    Presiden diberi kuasa melantik tidak lebih dari 4 (Empat) ahli Jawatankuasa tambahan.

9.    MESYUARAT AGUNG

        9.1    Mesyuarat Agung Persatuan akan diadakan setahun sekali dari bulan Ogos.

        9.2    Jawatankuasa akan menetapkan agenda mesyuarat.

        9.3    Jawatankuasa bertanggungjawab membentangkan lapuran aktiviti dan penyata kewangan
                 Persatuan.

        9.4    Mesyuarat Agung akan memilih Jawatankuasa baru yang terdiri daripada :-

                        i)    Presiden
                        ii)   Timbalan Presiden
                       iii)    Kapten
                       iv)    Timbalan Kapten
                        v)    Setiausaha
                        vi)    Penolong Setiausaha
                       vii)    Bendahari
                      viii)    Pengerusi Jawatankuasa Handicap
                       ix)    4 Ahli Jawatankuasa (dilantik oleh Presiden)

10.    JAWATANKUASA PERSATUAN

        10.1    Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

        10.2    Jawatankuasa diberi kuasa melantik ahli Jawatankuasa tambahan atau baru

        10.3    Sebarang keputusan mesyuarat Jawatankuasa yang difikirkan perlu diberitahu akan
                   dihebarkan kepada ahli-ahli melalui buletin Persatuan.

11.    HANDICAP

        11.1    Satu Jawatankuasa Handicap diujudkan.

        11.2    Penentuan Handicap adalah mengikut Buku Undang-Undang Golf St. Andrew.

        11.3    Handicap Maksima untuk pemain lelaki ialah 26.

        11.4    Handicap Maksima untuk pemain wanita ialah 36.

        11.5    Jawatankuasa Handicap akan menetapkan handicap pemain yang belum ada Handicap.

        11.6    Jawatankuasa Handicap diberi kuasa mengubahsuai sistem St. Andrew dari masa kesemasa
                   untuk memperseimbangkan handicap ahli Persatuan sahaja.

        11.7    Ahli-ahli baru yang mempunyai handicap dari lain kelab hendaklah mengemukakan sijil
                   handicapnya. Sekiranya tiada, ahli tersebut hanya dibenarkan mengambil bahagian setelah
                   disahkan oleh Jawatankuasa Handicap.

12.    JURU AUDIT:

        12.1    Seorang Juru Audit dipilih semasa Mesyuarat Agung.

        12.2    Juru Audit bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan Akaun Tahunan Persatuan.

13.    AKAUN:

        13.1    Bendahari hendaklah mengawal perbelanjaan yang telah dianggar dan dipersetujui oleh
                   Jawatankuasa mengikut sistem perakaunan yang sempurna dan teratur.

        13.2    Tahun Kewangan Persatuan berakhir pada 31 Julai tiap-tiap tahun.

14.    MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

        14.1    Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan pada bila-bila masa sekiranya terdapat
                   permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 1/3 dari jumlah bilangan ahli.

15.    PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN:

        15.1    Sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persatuan hanya boleh dibuat dalam Mesyuarat
                   Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar mengikut undian terbanyak.

16.    HARTA PERSATUAN:

        16.1    Apabila difikirkan perlu Persatuan hendaklah melantik dari Mesyuarat Agung Tahunan,
                   Pemegang Amanah untuk menguruskan harta Persatuan.

 


Copyright (c) 2006 MBMS Online. All rights reserved.

mbmsonline@hotmail.com